Kredilbiliti Menjadikan
Bisnes Anda Dikenali
Saya memang
minat berniaga , sehingga sekarang tidak pernah pudar. Saya mula berniaga
Kecil-kecil seperti menjual kain batik, songket, keropok lekor dan apa saja.
Dari situ
saya belajar bagaimana untuk menjual kepada pelanggan. Saya perlu menjual diri terlebih dahulu iaitu
dengan senyuman dan juga beramah mesra.
Anda juga
mesti pandai memikat pelanggan dengan
tutur kata yang meyakinkan. Anda kena tahu apa yang anda jual, sekiranya anda tidak tahu apa yang anda jual , pelanggan
tidak akan beli.
Sebaiknya apa
yang anda jual itu, anda sendiri menggunakkannya dan tahu impaknya. Supaya
senang bercerita dari hati dan apa-apa pertanyaan anda sudah boleh jawab. Anda juga merupakan testimoni pada produk tersebut.
Menjual
offline lagi senang dari online kerana produk didepan mata. Bercerita dari hati
yang ikhlas supaya pelanggan dapat menerima getaran yang anda lontarkan itu
boleh mempengaruh pelanggan supaya membeli. Mereka mengenali anda dan juga
produk dari mulut ke mulut. Keyakinan membuatkan mereka terus membeli.
Demostrasi produk mempercepatkan memberi keyakinan pada pelanggan.
Sama juga
bisnes online , pertama sekali bagaimana untuk mempengaruhi mereka supaya
percaya dan yakin pada produk anda. Bagaimana untuk menjenamakan diri anda melalui
kredilbiliti dan kepercayaan pelanggan.
Tambahan
pula pelawat tidak mengenali anda,adakah mereka mampu keluarkan wang sebelum menerima
produk?
Melalui
online anda tidak dikenali, hanya dengan nama dan gambar sahaja. Tidak pernah
bertemu muka ,tidak pernah bercakap melalui talipon. Produk jualan hanya
dilihat melalui gambar sahaja. Tidak dapat melihat fungsi kebaikan produk .
Macam mana
ya?
Susahnya….
Itulah sebab
pentingnya Kredibiliti sebagai usahawan online.
Contoh : Syarikat
terbesar dan terkenal seperti KFC Fried Chiken. Dengan lambang dan juga
warnanya putih merah kita sudah kenal. Kita tak kenal pun pengasas KFC tapi
logo dan warna sentiasa berada di bibir mulut anda dan juga anak-anak anda. Budak-budak berusia 2 tahun pun tahu bila tengok lambang dan warnanya.
Begitu juga anda, anda boleh dikenali dengan menonjolkan Kredibiliti anda atau syarikat anda dengan
itu, dapat memberi kepercayaan kepada pelanggan.
Ini antara
perkara yang boleh anda lakukan dalam
meningkatkan kredibiliti usahawan online .
Antara
perkara yang boleh anda lakukan dalam meningkatkan kredibiliti anda.
1. Gambar profile facebook yang sebenar,
iaitu bukan gambar produk atau pandangan, mewakili diri anda secara online.
2. Guna nama sendiri dan mudah disebut
seperti nama ringkas bukan nama samaran, begitu juga dengan nama di akaun.
3. Maklumat tentang diri anda yang
meyakinkan seperti tempat tinggal, info kerjaya, maklumat pendidikan
mengambarkan pentingnya keujudan anda di alam maya. Ia mampu meyakinkan pelawat
siapa diri anda dan mampu berurusniaga dengan mereka.
4. Sentiasa berkongsi aktiviti harian di
profile. Pelawat tidak terus membeli tapi mengikuti perkembangan berapa kerap
anda update dan post. Anda diyakini
dengan gambar-gambar diri yang sebenar dan terkini.
5. Bercerita adalah yang benar, supaya
pelanggan akan percaya dan akan terus membeli .{ Contoh Talipon terpakai - berada dalam keadaan asal, warna, tiada jaminan, dan sebagainya. }
6. Adakan ‘Building relationship ‘
diantara anda dan pelanggan. Tak salah bertanya apa khabar dan dalam masa yang sama boleh bercerita pasal kebaikan produk.
7. Memberi langkah MUDAH untuk
pembayaran. {Akaun yang popular seperti Maybank dan CIMB.
8. Ketepatan masa /cepat/berkualiti
(Jangka masa Sampai Produk )
9. Support aftersale adalah amat penting
untuk mendapat sale yang berulang. {contoh: barang dah sampai ke sis? selepas 3 hari boleh suruh dia beri fitback produk}
10.
Jadikan
anda adalah model (kedai yang terbaik untuk pelanggan ) supaya pelanggan hanya
membeli dengan anda sahaja.
Selamat
membaca dan saya doakan anda melakukan tindakan yang derastik untuk mengubah
facebook profile anda.
Selamat
Berjaya
Rohati
Ramlee









